Saturday, August 17, 2013

Lirik Infiniti Cinta – Zizan & Kaka

Bermula ku temu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5' 3? laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayal nyata sana
Pernah kau terdengar tiada dara yang ku renggang
Itu kisah ku dulu reputasi kasih lamaku
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Klise di hatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan ku banting yang ku juang
Demi seru kau sayang demi kau seorang
Demi seru kau sayang demi kau seorang

Chorus
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Ku cuba menahan ketawaku
Jelaskanlah apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu
Apa yang ku rasa kau dah tahu
Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku
Kau dan aku

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku tanpa dia dan bayang-bayang
Diteraju kau aku sutradara Yang Maha Esa
Tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala di dadamu
Salam perkenalan yang disulami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang Chorus

Apakah guna seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
Dan memangnya ratu aku
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

Ulang Chorus

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama-sama selamanya
One more time
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama-sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku
Kau dan aku
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu
Kan ku sedia menunggu
Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku
Kau dan aku

Lirik Infiniti Cinta – Zizan & Kaka 4.45/5 (89.09%) 11 votes

No comments:

Post a Comment